Search Result

Nov 1, 2011

Bukan susah nk dapat pahala

"Daripada abu hurairah r.a bahawa rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : "allah berfirman:'jika hamba-ku berbicara (iaitu berniat) untuk melakukan kebaikan, maka aku akan menulis untuknya satu kebaikan selagi belum melakukannya. Jika ia telah melakukannya, maka aku mencatatnya dengan 10 kali ganda. Jika ia berniat untuk melakukan, maka aku mengampuninya selagi belum melakukannya. Jika ia telah melakukannya maka aku menulis untuknya yang semisalnya.' Rasulullah s.a.w bersabda lagi: 'para malaikat berkata : 'wahai tuhanku, hamba-mu ini berniat melakukan keburukan, padahal dia lebih mengetahuinya.' Allah berfirman lagi : 'Lihatlah, jika dia melakukannya, maka catatlah keburukan itu untuknya dengan yang semisalnya. Jika ia meninggalkannya, maka tulislah untuknya satu kebaikan. Ia hanyalah meninggalkannya kerana takut kepada-ku.'" (Riwayat Muslim) "

- petikan dari majalah solusi -

Sep 9, 2011

usaha tangga kejayaan

"Orang yang tidak pernah dibakar panas mentari mustahil menghargai rimbun berteduh- peribahasa turki" petikan dari buku karya Hasrizal Abdul Jamil (saifulislam.com). Peribahasa ini sangat cantik susunan ayatnya dan sangat indah maknanya sehingga kekadang bila diselami/diamati ianya amat sesuai untuk para remaja menjadikan ia sebagai sumber inspirasi dalam mengejar kejayaan. Ianya mengingatkan saya dengan kehidupan saya sewaktu dikampung. Bagaimana usia saya ketika itu, bermain, enjoy dan berhibur adalah perkara yang sangat disukai. Setiap kali abah mengajak saya untuk menolongnya di sawah, akan dipenuhi dengan seribu satu alasan. Usahanya menitikkan peluh dibumi Ilahi tidak lain dan tidak bukan hanya untuk membesarkan kami 5 beradik. Pernah jua pada suatu petang saya dipaksa untuk turun ke sawah bersama dengan abah. Ketika itu saya masih kurang pandai menunggang motosikal tapi dek kerana untuk memujuk saya untuk turun ke sawah, abah mengumpan dengan motosikal. "Ikut abah ke sawah, nnt abah bagi bawak moto nie", kata abah. Saya apa lagi, tanpa berfikir panjang terus setuju untuk turun ke sawah semata - mata untuk menunggang motosikal. Terasa sangat puas ketika itu kerana dapat jua untuk menunggang motosikal. Kalu tidak, susah sangat untuk dapat permission untuk tunggang motosikal. Itu semua dah berlalu hampir 20 tahun yang lalu. Tapi peluh yang pernah terbit ketika itu memberi kesedaran kepada saya bahawa untuk berjaya kita perlu menempuh pelbagai dugaan dan cabaran tanpa perlu runtuh semangat diri dan berputus asa di tengah jalan.
Ini jualah keje yang pernah saya buat waktu remaja dulu - dulu ....hehehe

Jun 18, 2011

Ceritaku

Hari saya sangat bertuah kerana terdetik dihati saya untuk mengerjakan solat asar berjemaah di surau. Kebiasaannya kita selalu dihadapkan dengan kuliah subuh atau kuliah maghrib tapi kali ini saya dihidangkan dengan kuliah asar yang ringkas tapi padat. Imam tersebut berkongsi ilmu yang sangat bernilai untuk dihayati bersama. Kisah yang diketengahkan adalah daripada kisah nabi khiddir kalu tak silap sayalah. Ianya mengisahkan 3 orang sahabat yang disuruh oleh nabi khiddir untuk memasuki sebuah gua. Sahabat pertama memasuki gua yang gelap gelita dan tertanya -tanya kenapalah nabi munyuruhnya memasuki gua tersebut. Dalam merentasi kegelapan gua tersebut, dia terlanggar seketul batu dan terdetik didalam hatinya "inilah yang mungkin disuruh oleh nabi merentasi gua ini". Tanpa berlengah dia pun mengambil batu tersebut satu demi satu tapi masih banyak untuk dikutip.


May 30, 2011

Pengurusan Masa

Seketika kita akan merasakan masa sangat lambat bergerak dan sangat kerap kita merasakan masa yang bergerak sangat pantas bergerak. Saya terasa 24 jam setiap hari tidak cukup untuk melaksanakan kerja dan juga perkara yang kita minati. Kenapa sering kali kita terasa masa sangat cepat bergerak? Saya sering tertanya - tanya akan perkara ini tapi sampai sekarang ia masih menjadi persoalan yang tidak dapat dileraikan. Kita akan merasakan masa sangat lambat bergerak sekiranya kita menantikan sesuatu dan sering melihat jam bergerak. mungkinkah kerana kita jarang menghargai masa maka kita sering merasakan masa itu sangat cepat bergerak. Sekiranya kita menghargai masa pasti kita akan merasa masa sentiasa cukup untuk kita mengharungi perjalanan harian kita. "Demi MASA sesungguhnya manusia sentiasa berada dalam kerugian kecuali sesiapa yang beriman". Sekiranya kita menghayatinya dengan penuh tawadduk dan istiqamah pasti kita sentiasa merasai akan keindahan dan nikmat MASA itu dalam liku -liku perjalanan yang penuh mencabar. Fahami dan rasailah masa awal pagi sesudah subuh untuk merasakan masa yang panjang walaupun hanya sekadar 1 jam. Segalanya terletak pada diri untuk menikmati hidangan ilahi dari sekecil - kecil perkara hingga yang tak terjangkau oleh kita. Kita insan biasa yang mewarisi agama islam dari ibubapa kita sepatutnya membuka mata dan merasa takut dengan warisan tersebut kerana ianya adalah detiknya kita lupa untuk mendalami ilmu agama islam yang kita warisi itu kerana kita terasa selesa dan terlindung dengan agama warisan kita itu. Percayalah bahawa "saudara baru" adalah lebih beruntung dari kita kerana berpeluang mendalami agama islam dan dapat melihat akan kelebihan serta keindahan yang ada di dalam islam. Alasan yang sering diberikan adalah tidak cukup masa untuk mendalaminya dan memberikan penghayatan yang padu bagi meningkatkan ilmu agama islam. Inilah kerugian kita dari setiap jam berdetik sehingga kita di sembahyangkan. Oleh itu hargailah MASA dan gunakanlah MASA sebaiknya serta jangan biarkan MASA sengkang kita merosakkan kita dalam diam.

May 11, 2011

Rapunzel Bukan Hikayat Jerman


Mother knows best!” itulah slogannya.
Zaman berzaman, Mother Gothel memberitahu Rapunzel kata-kata keramat ini.
Dan setelah Rapunzel itu ‘berhutang hidup’ dengan Mother Gothel yang memberinya makan dan minum, kata-kata itu memang masuk ke logik fikiran Rapunzel.
“Ibu, mengapa saya tidak boleh ke luar sana?” tanya Rapunzel semasa rambut cantiknya disikat lembut oleh si ibu penyayang.
“Oh sayang, di luar sana amat berbahaya. Ada ramai manusia dengki, mementingkan diri sendiri, dan merbahaya untuk kamu. Tinggallah kamu di sini, kerana ia yang terbaik buatmu, nak!” kata-kata Mother Gothel sungguh berbunyi mithali.

May 7, 2011

Selamat Hari Ibu@Happy Mother's Day

Pagi - pagi saya dah bergegas ke shah alam untuk menghadiri mesyuarat. Setiba saja saya di sana, saya nampak ramai sangat orang yang telahpun tiba. Sambil perlahan - lahan kenderaan saya melewati setiap sudut jalan untuk mencari ruangan parkir supaya saya dapat meletakkan kenderaan. Akhirnya dapat jua saya meletakkan kenderaan di sisi jalan yang kosong dan tidak menghalang lalulintas. Selesai saya mengunci kenderaan, saya pun terus ke perkarangan bangunan untuk mencari dewan mesyuarat. Setelah tamat mesyuarat saya pun terus keluar dari dewan dan menuju ke parkir kenderaan. Sebelum tiba ke parkir kenderaan, saya terlihat sekumpulan orang sedang berkerumun melihat sesuatu di tengah - tengah antara mereka. Keinginan saya untuk mengetahu apa yang mereka kerumini tu saya pun mempercepatkan langkah saya.

Apr 19, 2011

Elakkan Iman Luntur

Cadangan untuk mengelak lunturnya iman : -


1. Tingkatkan kualiti ibadah
Contohilah bagaimana Rasulullah beribadah. Walaupun Baginda telah dijamin syurga, Baginda tetap beribadah dengan baik dan tekun serta istiqamah. Rasulullah s.a.w bersabda dalam hadis qudsi yang bermaksud : "Allah berfirman :'Tidaklah seorang hamba-Ku mendekatkan diri kepada-Ku dengan sesuatu yang paling Aku cintai selain daripada kewajipan yang Aku fardukan kepadanya. Dan hamba-Ku itu sentiasa mendekatkan diri kepada-Ku dengan ibadat sunah sehingga Aku mencintainya." (Riwayat al-Bukhari)